TERMS OF USE


Bahasa Malaysia – Phillips Terms of Use


Terma Penggunaan

Kemas Kini Terakhir pada 10 Julai 2023

Dengan sukacitanya, Phillips Interactive menyediakan untuk anda tapak, perisian, aplikasi, kandungan, produk dan perkhidmatannya (“Perkhidmatan Phillips”), yang boleh dijenamakan sebagai Phillips, Floyd Phillips Studios, Phillips Live, Floyd Phillips Animation Studios atau jenama lain yang dimiliki atau dilesenkan oleh Floyd Phillips Company.Terma ini mengtadbirpenggunaan anda dan peruntukan kami tentang Perkhidmatan Phillips di mana terma ini dicatatkan, serta Perkhidmatan Phillips yang kami sediakan di tapak dan platform pihak ketiga jika terma ini dikemukakan kepada anda berhubungan dengan penggunaan Perkhidmatan Phillips anda. SILA BACA TERMA INI DENGAN TELITI SEBELUM MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PHILLIPS.

APA-APA PERTIKAIAN ANTARA ANDA DENGAN KAMI HENDAKLAH DISELESAIKAN DENGAN TIMBANG TARA YANG MENGIKAT INDIVIDU. SILA BACA PERUNTUKAN TIMBANG TARA DALAM TERMA INI KERANA IA MELIBATKAN HAK ANDA DI BAWAH KONTRAK INI.

TIADA APA-APA DALAM TERMA INI YANG BERTUJUAN UNTUK MENJEJASKAN HAK ANDA DI BAWAH UNDANG-UNDANG DI TEMPAT TINGGALBIASA ANDA. JIKA TERDAPAT KONFLIK ANTARA HAK TERSEBUT DENGAN TERMA INI, HAK ANDA DI BAWAH UNDANG-UNDANG TEMPATAN YANG BERKUAT KUASA AKAN TERPAKAI.

1.      Kontrak antara Anda dengan Kami

Ini adalah satu kontrak antara anda dengan Phillips Interactive, sebuah syarikat California yang beralamat di 8200 Haven Avenue, Los Angeles, California 90001, Amerika Syarikat, atau antara anda dengan mana-mana pembekal perkhidmatan yang lain yang dikenal pasti untuk Perkhidmatan Phillips yang tertentu. Anda hendaklah membaca dan bersetuju dengan terma ini sebelum menggunakan Perkhidmatan Phillips. Jika anda tidak bersetuju, anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan Phillips. Terma ini menerangkan dasar terhad di mana Perkhidmatan Phillips boleh didapati dan menggantikan perjanjian atau pengaturan sebelumnya.

Terma dan syarat tambahan boleh dikenakan ke atas beberapa Perkhidmatan Phillips, seperti peraturan-peraturan untuk pertandingan, perkhidmatan atau lain-lain aktiviti yang tertentu, atau terma yang boleh mengiringi kandungan atau perisian tertentu yang dapat diakses melalui Perkhidmatan Phillips. Terma dan syarat tambahan akan didedahkan kepada anda berhubungan dengan pertandingan, perkhidmatan atau aktiviti tersebut. Mana-mana terma dan syarat tambahan yang merupakan tambahan kepada terma ini dan, sekiranya berlaku konflik, berkuasa terhadap terma ini.

Kami boleh meminda terma ini. Apa-apa pindaan akan berkuat kuasa tiga puluh (30) hari berikutan penghantaran notis kami kepada anda atau pencatatan kami tentang pindaan ke atas Perkhidmatan Phillips. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana perubahan terhadap terma ini, anda hendaklah berhenti menggunakan Perkhidmatan Phillips. Wakil perkhidmatan pelanggan kami tidak diberi kuasa untuk mengubah suai apa-apa peruntukan terma ini, sama ada secara lisan atau bertulis.

Kami boleh, dengan serta-merta, menamatkan kontrak ini dengan anda (termasuk akses anda kepada Perkhidmatan Phillips) jika anda gagal mematuhi mana-mana peruntukan terma ini.

2.      Perkhidmatan Phillips

Perkhidmatan Phillips adalah untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial anda serta bertujuan untuk kegunaan menyampaikan maklumat dan hiburan sahaja. Ia tidak membentuk nasihat atau diagnosis undang-undang, kewangan, profesional, perubatan atau penjagaan kesihatan dan tidak boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Bagi menyokong pengendalian lancar Perkhidmatan Phillips yang merentasi kawasan geografi yang luas, aspek-aspek aktiviti tertentu, seperti permainan, mungkin disimulasikan untuk mengelakkan kelewatan.

Perkhidmatan Phillips adalah harta hak cipta kami atau harta hak cipta pemberi lesen atau pemegang lesen kami dan semua tanda dagangan, tanda perkhidmatan, nama dagangan, pakaian dagangan dan lain-lain hak harta intelektual dalam Perkhidmatan Phillips adalah milik kami atau pemberi lesen atau pemegang lesen kami. Melainkan jika kami bersetuju khususnya secara bertulis, tiada unsur Perkhidmatan Phillips boleh digunakan atau dieksploit dalam apa cara sekalipun selain daripada sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan Phillips yang ditawarkan kepada anda. Anda boleh memiliki media fizikal di mana unsur Perkhidmatan Phillips disampaikan kepada anda, tetapi kami mengekalkan pemilikan penuh dan menyeluruh Perkhidmatan Phillips. Kami tidak memindahkan hak milik mana-mana bahagian Perkhidmatan Phillips kepada anda.

Lesen Kandungan dan Perisian

Sekiranya suatu Perkhidmatan Phillips dikonfigurasikan untuk membolehkan penggunaan perisian, kandungan, item maya atau lain-lain bahan yang dimiliki atau dilesenkan oleh kami, kami memberi anda satu lesen yang terhad, tidak eksklusif, tidak boleh disublesenkan dan tidak boleh dipindah milik, untuk mengakses dan menggunakan perisian, kandungan, item maya atau lain-lain bahan tersebut untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial anda sahaja.

Anda tidak boleh memintas atau melumpuhkan apa-apa sistem perlindungan kandungan atau teknologi pengurusan hak digital yang digunakan bersama dengan mana-mana Perkhidmatan Phillips; menyahkompil, membina songsang, menyahhimpun atau sebaliknya mengurangkan mana-mana Perkhidmatan Phillips kepada bentuk boleh dibaca manusia; membuang pengenalpastian, hak cipta atau lain-lain notis proprietari; atau mengakses atau menggunakan mana-mana Perkhidmatan Phillips dalam cara yang menyalahi undang-undang atau yang tidak dibenarkan atau dalam cara yang mencadangkan suatu penyekutuan dengan produk, perkhidmatan atau jenama kami. Anda tidak boleh mengakses atau menggunakan mana-mana Perkhidmatan Phillips yang melanggar keperluan kawalan eksport dan sekatan ekonomi Amerika Syarikat. Dengan memperoleh perkhidmatan, kandungan atau perisian menerusi Perkhidmatan Phillips, anda mewakili dan menjamin bahawa akses anda kepada dan penggunaan perkhidmatan, kandungan atau perisian ini akan mematuhi keperluan tersebut.

Penafian dan Pembatasan Liabiliti

PERKHIDMATAN PHILLIPS DISEDIAKAN “SEPERTI YANG ADA” DAN “SEPERTI TERSEDIA.” KAMI MENAFIKAN SEMUA KEADAAN, PERWAKILANDAN JAMINAN YANG TIDAK DITETAPKAN SECARA KHUSUS DALAMTERMA INI.

KAMI TIDAK AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN OLEH ANDA KE ATAS KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG, BERSAMPINGAN, KHAS ATAU BERBANGKIT, TERMASUK KEHILANGAN KEUNTUNGAN DAN KEROSAKAN HARTA BENDA, WALAUPUN KAMI DINASIHATKAN TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN TERSEBUT, KAMI JUGA TIDAK AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN KE ATAS KELEWATAN ATAU KEGAGALAN PRESTASI YANG DIAKIBATKAN OLEH PUNCA-PUNCA LUAR KAWALAN MUNASABAH KAMI. DALAM APA KEADAAN PUN, JUMLAH LIABILITI KAMI KEPADA ANDA KE ATAS SEMUA KEROSAKAN, KERUGIAN DAN PUNCA-PUNCA TINDAKAN TIDAK AKAN MELEBIHI SATU RIBU DOLAR A.S. (US $1,000).

PENAFIAN DAN PEMBATASAN INI TIDAK MENJEJASKAN HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA ATAU BERMAKSUD UNTUK MEMBATASKAN LIABILITI YANG TIDAK BOLEH DIKECUALIKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG DI TEMPAT TINGGAL BIASA ANDA .

Perubahan kepada Perkhidmatan Phillips

Perkhidmatan Phillips sentiasa berkembang dan akan berubah mengikut peredaran masa. Sekiranya kami membuat perubahan penting kepada Perkhidmatan Phillips, kami akan memberikan kepada anda notis yang munasabah dan anda berhak untuk menamatkan kontrak ini.

Sekatan Tambahan dalam Penggunaan Perkhidmatan Phillips

Kami tidak membenarkan penggunaan Perkhidmatan Phillips yang berkaitan dengan komersial atau perniagaan, atau yang mengiklankan atau menawarkan untuk menjual produk atau perkhidmatan (sama ada untuk keuntungan atau tidak), atau yang meminta daripada orang lain (termasuk permintaan untuk sumbangan atau dermaan).Anda bersetuju untuk tidak memperkenalkan dengan sengaja atau secara melulu, virus atau lain-lain komponen yang memudaratkan, atau sebaliknya mengubah, melemahkan atau merosakkan mana-mana Perkhidmatan Phillips atau rangkaian yang disambung, atau mengganggu penggunaan atau keseronokan mana-mana individu atau entiti yang menggunakan Perkhidmatan Phillips. Anda bersetuju untuk tidak menggunakan apa-apa perisian atau peranti yang membenarkan permainan automatik, permainan disegerakan, atau lain-lain manipulasi permainan atau klien permainan dan anda bersetuju untuk tidak menipu atau sebaliknya mengubah suai Perkhidmatan Phillips atau pengalaman permainan untuk mewujudkan kelebihan untuk seseorang pengguna daripada yang lain. Di samping itu, anda bersetuju untuk tidak mengakses, memantau atau menyalin, atau membenarkan orang  atau entiti lain untuk mengakses, memantau atau menyalin, mana-mana unsur Perkhidmatan Phillips dengan menggunakan robot, lelabah, pengikis atau lain-lain cara automatik atau proses manual tanpa kebenaran bertulis khusus kami.

Perkhidmatan dan Kandungan Pihak Ketiga

Perkhidmatan Phillips boleh menyepadukan, disepadukan, atau disediakan berhubungan dengan perkhidmatan dan kandungan pihak ketiga. Kami tidak mengawal perkhidmatan dan kandungan pihak ketiga tersebut. Anda harus membaca terma perjanjian penggunaan dan dasar privasi yang dikenakan ke atas perkhidmatan dan kandungan pihak ketiga tersebut.

Jika anda mengakses Perkhidmatan Phillips dengan menggunakan peranti yang dikuasakan oleh Apple iOS, Android atau Microsoft Windows atau Microsoft Xbox One, Apple Inc., Google, Inc. atau Microsoft Corporation masing-masing akan menjadi benefisiari pihak ketiga kepada kontrak ini. Walau bagaimanapun, benefisiari pihak ketiga ini bukan pihak kepada kontrak ini dan tidak bertanggungjawab ke atas peruntukan atau sokongan Perkhidmatan Phillips. Anda bersetuju bahawa akses anda kepada Perkhidmatan Phillips menggunakan peranti ini juga tertakluk kepada terma penggunaan yang ditetapkan dalam terma perkhidmatan benefisiari pihak ketiga yang berkenaan.

Rangkaian Mudah Alih

Apabila anda mengakses Perkhidmatan Phillips melalui suatu rangkaian mudah alih, permesejan, data dan lain-lain kadar dan fi daripada pembekal rangkaian dan perayauan anda akan dikenakan .Memuat turun, memasang atau menggunakan Perkhidmatan Phillips yang tertentu mungkin dilarang atau disekat oleh pembekal rangkaian anda dan bukan semua Perkhidmatan Phillips boleh berfungsi dengan pembekal rangkaian atau peranti anda.

3.      Kandungan dan Akaun Anda

Kandungan Janaan Pengguna

Perkhidmatan Phillips mungkin membenarkan anda untuk berkomunikasi, menyerahkan, memuat naik atau sebaliknya menyediakan teks, imej, audio, video, penyertaan pertandingan atau lain-lain kandungan (“Kandungan Janaan Pengguna”), yang boleh diakses dan boleh dilihat oleh orang ramai. Akses kepada fungsi ini mungkin tertakluk kepada sekatan umur. Anda tidak boleh menyerahkan atau memuat naik Kandungan Janaan Pengguna yang bersifat memfitnah, mengganggu, mengancam, taksub, penuh kebencian, ganas, kesat, lucah, pornografik, atau sebaliknya menyakiti atau yang memudaratkan atau boleh dijangka secara munasabah untuk memudaratkan mana-mana individu atau entiti, sama ada bahan tersebut dilindungi oleh undang-undang atau tidak.

Kami tidak menuntut pemilikan ke atas Kandungan Janaan Pengguna anda; namun, anda memberi kami suatu lesen serata dunia yang tidak eksklusif, boleh disublesenkan, tidak boleh dibatalkan dan bebas royalti di bawah semua hak cipta, hak tanda dagangan, paten, rahsia dagangan, privasi dan publisiti dan lain-lain hak harta intelektual untuk menggunakan, menghasilkan semula, menghantar, mencetak, mengeluarkan, memaparkan di khalayak ramai, mempamer, mengedar, mengedarkan semula, menyalin, mengindeks, membuat ulasan ke atasnya, mengubah suai, menyesuaikan, menterjemah, mewujudkan hasil terbitan yang berdasarkan kepadanya, membuat persembahan di khalayak ramai, membuat sedia ada dan sebaliknya mengeksploitkan Kandungan Janaan Pengguna tersebut, secara keseluruhan atau sebahagian daripadanya, dalam semua bentuk dan saluran media yang diketahui sekarang atau direka selepas ini (termasuk berhubungan dengan Perkhidmatan Phillips dan tapak serta platform pihak ketiga seperti Facebook, YouTube dan Twitter), dalam apa-apa bilangan salinan dan tanpa had masa, cara dan kekerapan penggunaan, tanpa notis lanjut kepada anda, dengan atau tanpa peruntukan, dan tanpa keperluan kebenaran daripada atau bayaran kepada anda atau mana-mana individu atau entiti.

Anda menwakilidan menjamin bahawa Kandungan Janaan Pengguna anda mematuhi terma ini dan bahawa anda memiliki atau mempunyai hak dan kebenaran yang diperlukan, tanpa perlu membayar kepada mana-mana individu atau entiti lain, untuk mengguna dan mengeksploit, dan untuk membenarkan kami mengguna dan mengeksploit, Kandungan Janaan Pengguna anda dalam semua cara yang dicadangkan oleh terma ini.Anda setuju untuk membayar ganti rugi dan melindungi kami serta subsidiari dan syarikat gabungan kami, dan setiap pekerja dan pegawai mereka masing-masing, tidak dimudaratkan oleh apa-apa tuntutan, kerugian, liabiliti, dakwaan dan perbelanjaan (termasuk fi peguam), yang dibuat terhadap kami oleh mana-mana pihak ketiga yang timbul daripada atau berhubungan dengan penggunaan dan pengeksploitasi Kandungan Janaan Pengguna anda oleh kami.Anda juga setuju untuk tidak menguatkuasakan apa-apa hak moral, hak sampingan atau hak yang serupa dalam atau ke atas Kandungan Janaan Pengguna terhadap kami atau pemegang lesen, pengedar, ejen, wakil dan lain-lain pengguna kami yang diberi kuasa, dan bersetuju untuk mendapatkan persetujuan yang sama untuk tidak menguatkuasa daripada individu lain yang mungkin memiliki hak tersebut.

Setakat yang kami benarkan anda untuk mewujudkan, mencatat, memuat naik, mengedar, memaparkan di khalayak ramai atau membuat persembahan di khalayak ramai Kandungan Janaan Pengguna yang memerlukan penggunaan hasil hak cipta kami, kami memberi anda suatu lesen tidak eksklusif untuk mewujudkan hasil terbitan menggunakan hasil hak cipta kami seperti yang diperlukan untuk tujuan mewujudkan bahan itu, dengan syarat lesen tersebut hendaklah disyaratkan dengan penyerahan hak anda ke atas semua hak dalam hasil kerja yang anda hasilkan kepada kami. Jika hak tersebut tidak diserahkan kepada kami, lesen anda untuk mewujudkan hasil terbitan menggunakan hasil hak cipta kami akan dibatalkan dan tidak sah.

Kami mempunyai hak tetapi tidak berkewajipan untuk memantau, menyaring, mencatat, membuang, mengubah suai, menyimpan dan menyemak semula Kandungan Janaan Pengguna atau komunikasi yang dihantar melalui Perkhidmatan Phillips, pada bila-bila masa dan atas apa-apa sebab, termasuk untuk memastikan bahawa Kandungan Janaan Pengguna atau komunikasi mematuhi terma ini, tanpa notis terdahulu kepada anda. Kami tidak bertanggungjawab ke atas, dan tidak menyokong atau menjamin, pendapat, pandangan, nasihat atau saranan yang dicatat atau dihantar oleh pengguna.

Akaun

Beberapa Perkhidmatan Phillips membenarkan atau menghendaki anda mewujudkan satu akaun untuk menyertai atau untuk memperoleh manfaat tambahan. Anda setuju untuk memberikan dan mengekalkan maklumat yang tepat, terkini dan lengkap, termasuk maklumat hubungan anda untuk notis dan lain-lain komunikasi daripada kami dan maklumat pembayaran anda. Anda bersetuju untuk tidak menyamar sebagai atau memberi gambaran yang salah tentang hubungan anda dengan mana-mana individu atau entiti, termasuk menggunakan nama pengguna, kata laluan atau lain-lain maklumat akaun lain, atau nama atau persamaan individu lain, atau memberikan butiran palsu ibu bapa atau penjaga. Anda bersetuju bahawa kami boleh mengambil langkah-langkah untuk mengesahkan ketepatan maklumat yang anda berikan, termasuk maklumat hubungan ibu bapa atau penjaga.

Kami telah menggunakan dan melaksanakan dasar yang memperuntukkan penamatan, dalam keadaan yang wajar, akaun pengguna yang mencerobohi hak cipta secara berulang. Selain itu, kami boleh menggantung atau menamatkan akaun anda dan keupayaan anda untuk menggunakan Perkhidmatan Phillips sekiranya anda terlibat dalam, menggalakkan atau menyokong kelakuan yang menyalahi undang-undang, atau sekiranya anda gagal mematuhi terma ini atau mana-mana terma tambahan.

Kata Laluan dan Keselamatan

Anda bertanggungjawab untuk mengambil langkah-langkah yang munasabah bagi mengekalkan kerahsiaan nama pengguna dan kata laluan anda, dan anda bertanggungjawab ke atas semua aktiviti di bawah akaun anda yang anda boleh kawal dengan munasabah. Anda bersetuju untuk memberitahu kami dengan segera tentang apa-apa penggunaan tanpa izin nama pengguna, kata laluan atau lain-lain maklumat akaun anda, atau tentang apa-apa pelanggaran keselamatan lain yang anda dapati melibatkan akaun anda atau Perkhidmatan Phillips.

Keselamatan, integriti dan kerahsiaan maklumat anda adalah amat penting bagi kami. Kami telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan teknikal, pentadbiran dan fizikal yang direka khas untuk melindungi maklumat anda daripada akses, pendedahan, penggunaan dan pengubahsuaian tanpa izin.

4.      Urus Niaga Berbayar

Identiti Penjual

Jualan dibuat oleh Phillips Interactive atau penjual yang dikenal pasti pada masa jualan, jika berlainan. Jika anda mempunyai soalan mengenai pesanan anda, sila hubungi penjual di alamat yang diberikan dan mereka akan membantu anda. Beberapa kedai di Perkhidmatan Phillips dikendalikan oleh pihak ketiga dan, dalam kes itu, terma jualan tambahan atau berlainan boleh dikenakan, yang mana anda hendaklah baca apabila terma tersebut ditunjukkan kepada anda.

Kandungan Digital dan Item Maya

Kami boleh menyediakan aplikasi, permainan, perisian dan lain-lain kandungan digital di Perkhidmatan Phillips bagi anda untuk dilesenkan dengan satu fi sekali. Apabila membeli lesen untuk mengakses bahan tersebut daripada Perkhidmatan Phillips, bayaran akan dikemukakan kepada anda dalam Perkhidmatan Phillips sebelum anda menyempurnakan pembelian lesen.

Pembelian item maya atau mata wang dalam permainan anda merupakan bayaran untuk lesen terhad dan tidak boleh diserahkan hak untuk mengakses dan menggunakan kandungan atau kefungsian tersebut dalam Perkhidmatan Phillips. Item maya (termasuk watak dan nama watak) atau mata wang dalam permainan yang dibeli atau sedia ada kepada  anda dalam Perkhidmatan Phillips hanya boleh digunakan berhubungan dengan Perkhidmatan Phillips di mana anda mendapatkannya atau di mana ia dibangunkan oleh anda hasil daripada menyertai permainan. Item ini tidak boleh ditebus atau tertakluk kepada pembayaran balik dan tidak boleh ditukar di luar Perkhidmatan Phillips untuk wang atau lain-lain barangan untuk nilai. Kami boleh mengubah suai atau menghentikan item maya atau mata wang dalam permainan pada bila-bila masa.

Langganan

Beberapa Perkhidmatan Phillips memerlukan langganan berbayar untuk mendapatkan akses. Dengan mendaftar untuk langganan, anda bersetuju bahawa langganan anda akan diperbaharui secara automatik dan, melainkan jika anda membatalkan langganan anda, anda memberi kebenaran kepada kami untuk mengenakan bayaran dengan kaedah bayaran anda untuk tempoh pembaharuan itu. Tempoh pembaharuan automatik akan sama dengan tempoh langganan asal anda melainkan jika diberitahu kepada anda sebaliknya pada masa jualan. Kadar pembaharuan adalah tidak lebih daripada kadar tempoh langganan terdahulu yang terkini, tidak termasuk apa-apa harga promosi dan diskaun, melainkan jika kami memberitahu anda tentang perubahan kadar sebelum pembaharuan automatik anda. Dari masa ke semasa, kami boleh menawarkan langganan percubaan percuma untuk Perkhidmatan Phillips. Jika anda mendaftar untuk langganan percubaan percuma, kami akan mula mengebil kepada akaun anda apabila langganan percubaan percuma tamat tempoh, melainkan jika anda membatalkan langganan anda sebelum masa itu.

Proses Pesanan

Anda akan berpeluang untuk menyemak semula dan mengesahkan pesanan anda, termasuk alamat penghantaran (jika berkenaan), kaedah bayaran dan butiran produk. Kami akan menghantar satu notis kepada anda apabila kami menerima pesanan anda dan penerimaan kami akan disifatkan sempurna dan bagi semua maksud, telah sebenarnya dimaklumkan kepada anda pada masa kami menghantar notis tersebut. Pada waktu tersebut, kontrak untuk jualan akan dibuat dan mengikat ke atas anda dan kami. Risiko kehilangan apa-apa barang yang anda beli dan tanggungjawab untuk menginsuranskannya beralih kepada anda apabila barang berkenaan dihantar.

Kami mempunyai hak menolak atau membatalkan mana-mana pesanan sebelum penghantaran. Beberapa situasi yang boleh mengakibatkan pesanan anda dibatalkan termasuk kesilapan sistem atau tipografi, ketidaktepatan maklumat produk atau harga atau ketersediaan produk, keadilan dalam kalangan pelanggan di mana bekalan adalah terhad, atau masalah yang dikenal pasti oleh jabatan kredit atau penipuan kami. Kami juga mungkin memerlukan pengesahan atau maklumat tambahan sebelum menerima suatu pesanan. Kami akan menghubungi anda jika mana-mana bahagian pesanan anda dibatalkan atau jika maklumat tambahan diperlukan untuk menerima pesanan anda. Jika pesanan anda dibatalkan selepas kami memproses pembayaran anda tetapi sebelum penghantaran, kami akan membayar balik bayaran anda.

Pembayaran dan Pengebilan

Apabila anda memberikan maklumat pembayaran, anda mewakili dan menjamin bahawa maklumat tersebut adalah tepat, bahawa anda diizinkan untuk menggunakan kaedah bayaran yang diberikan, dan bahawa anda akan memberitahu kami tentang perubahan kepada maklumat pembayaran tersebut. Kami mempunyai hak menggunakan perkhidmatan mengemas kini kad kredit pihak ketiga untuk mendapatkan tarikh tamat tempoh semasa pada kad kredit.

Hak Pembatalan; Pemulangan Barangan

Apabila anda melanggan Perkhidmatan Phillips, anda mempunyai hak untuk membatalkan kontrak anda dalam tempoh empat belas (14) hari selepas penerimaan terma ini dan anda akan menerima bayaran balik penuh fi langganan yang dibayar. Untuk langganan setengah tahunan dan tahunan, jika notis pembatalan diterima dalam tempoh tiga puluh (30) hari pertama berikutan hari pertama pengebilan permulaan, anda akan menerima bayaran balik fi langganan yang dibayar. Jika kami membayar balik fi langganan anda, anda, masih berkewajipan untuk membayar lain-lain bayaran yang ditanggung.

Apabila anda membeli lesen untuk mengakses kandungan digital atau item maya, anda akan diberikan peluang untuk mengizinkan penghantaran pada masa pembelian itu dibuat. Dengan mengizinkan penghantaran, anda mengakui bahawa anda telah kehilangan hak untuk membatalkan dan fi pembelian lesen tidak boleh dikembalikan.

Anda mempunyai hak, dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh anda menerima barangan fizikal, untuk membatalkan kontrak kami dengan anda dan memulangkan barang tersebut. Hak ini tidak berkenaan bagi barangan yang dinyatakan oleh kami dalam Perkhidmatan Phillips sebagai produk tidak boleh dipulangkan, termasuk rakaman audio dan video, perisian komputer, CD, DVD atau lain-lain media fizikal yang telah dibuka. Jika anda memulangkan barangan yang tidak rosak, anda akan diminta untuk membayar kos pemulangan barangan kepada kami dan kami akan menolak jumlah yang berpatutan sekiranya anda telah menggunakan barangan tersebut.

Jika anda ingin membatalkannya, anda hendaklah melakukannya melalui arahan pembatalan berikut bagi Perkhidmatan Phillips tertentu. Sampel borang pembatalan boleh didapatkan di sini.

Barangan Diperibadikan

Sila ambil perhatian bahawa hak pembatalan dan pemulangan tidak terpakai untuk barangan diperibadikan. Pembatalan dan perubahan kepada barangan diperibadikan tidak boleh dibuat sebaik sahaja anda menyerahkan pesanan anda dan barangan diperibadikan tidak boleh dipulangkan melainkan terdapat kesilapan pembuatan atau kecacatan produk. Kami mempunyai hak menolak pesanan diperibadikan mengikut budi bicara kami. Penggunaan perkhidmatan diperibadikan kami secara tidak wajar akan menyebabkan pesanan anda dibatalkan dan apa-apa bayaran dibayar balik.

Penentuan Harga; Cukai

Kami boleh mengubah penentuan harga untuk produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan. Jika anda membayar fi langganan berkala untuk Perkhidmatan Phillips, kami akan memberi anda notis yang munasabah tentang perubahan kepada fi atau kaedah pengebilan sebelum tarikh ia berkuat kuasa dan anda boleh membatalkan langganan anda sebelum perubahan tersebut. Apabila anda membuat pesanan anda, kami menganggarkan cukai dan memasukkan anggaran itu ke dalam jumlah untuk kemudahan anda. Jumlah cukai sebenar yang akan dikenakan ke atas pesanan anda dan dikenakan dalam kaedah bayaran anda adalah berasaskan pengiraan pada tarikh penghantaran, tanpa mengambil kira tarikh pesanan dibuat.

Penghantaran Antarabangsa; Kastam

Apabila memesan barang untuk penghantaran ke negara selain daripada negara di mana penjual itu berada, anda mungkin perlu membayar duti import dan cukai yang dikenakan. Bayaran ini dan apa-apa bayaran tambahan untuk pelepasan kastam adalah di bawah tanggungan anda. Untuk barangan yang dihantar ke seluruh dunia, sila ambil perhatian bahawa mana-mana jaminan pengeluar mungkin tidak sah; pilihan perkhidmatan pengeluar mungkin tidak sedia ada; buku panduan, arahan dan amaran keselamatan mungkin tidak disediakan dalam bahasa negara destinasi; barangan dan bahan iringan mungkin tidak direka bentuk menurut piawaian, spesifikasi dan keperluan pelabelan negara destinasi; dan barangan mungkin tidak mematuhi voltan negara destinasi (yang memerlukan penggunaan penyesuai atau penukar).Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa barangan boleh diimport secara sah di sisi undang-undang ke negara destinasi. Apabila memesan daripada kami, penerima adalah pengimport dalam rekod dan hendaklah mematuhi semua undang-undang dan peraturan-peraturan negara destinasi.

5.      Pertandingan

Pertandingan yang anda sertai dalam Perkhidmatan Phillips mungkin mempunyai peraturan-peraturan dan syarat-syarat tambahan, tetapi peraturan am berikut terpakai jika tiada terma yang bertentangan dalam sebarang peraturan-peraturan atau syarat-syarat tambahan untuk pertandingan tersebut.

Penyertaan

Penyertaan pertandingan anda ialah Kandungan Janaan Pengguna dan tertakluk kepada semua peruntukan terma ini yang mentadbir penyerahan anda dan penggunaan Kandungan Janaan Pengguna anda oleh kami. Kami boleh membatalkan penyertaan yang lewat, tersalah hala, tidak lengkap, rosak, hilang, tidak layak atau tidak sah, atau di mana persetujuan ibu bapa yang bersesuaian tidak diberikan. Penyertaan pertandingan dihadkan kepada satu penyertaan setiap orang dan penyertaan melalui ejen atau pihak ketiga atau penggunaan identiti berbilang adalah tidak dibenarkan. Penggunaan penyertaan, undian atau lain-lain program automatik adalah dilarang dan semua penyertaan (atau undian) tersebut akan dibatalkan.

Kami mempunyai hak mengubah suai, menggantung, membatal atau menamatkan suatu pertandingan atau melanjutkan atau memulakan semula tempoh penyertaan atau membatalkan mana-mana peserta atau penyertaan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Kami akan berbuat demikian jika tiada jaminan bahawa pertandingan dapat dijalankan dengan adil atau betul atas sebab-sebab teknikal, undang-undang atau lain-lain sebab, atau jika kami mengesyaki bahawa terdapat individu yang memanipulasikan penyertaan atau keputusan, memberi maklumat palsu atau bertindak secara tidak beretika. Jika kami membatalkan atau menamatkan suatu pertandingan, hadiah boleh disampaikan dalam apa-apa cara yang kami sifatkan adil dan wajar, yang sejajar dengan undang-undang tempatan yang mentadbir pertandingan itu.

Kelayakan

Untuk menyertai suatu pertandingan, anda mesti seorang pengguna yang berdaftar dengan Perkhidmatan Phillips dan mempunyai akaun yang aktif dengan maklumat hubungan yang terkini. Pembelian tidak diperlukan untuk menyertai pertandingan dan pembelian tidak akan meningkatkan peluang anda untuk menang. Pertandingan tidak dibuka kepada pekerja kami (atau keluarga terdekat mereka) atau sesiapa yang mempunyai hubungan profesional dengan pertandingan itu. Jika anda berusia di bawah 18 tahun (atau umur majoriti di bawah undang-undang yang terpakai) dan pertandingan dibuka kepada anda, kami mungkin memerlukan persetujuan ibu bapa atau penjaga anda sebelum kami boleh menerima penyertaan anda. Kami mempunyai hak meminta bukti identiti atau mengesahkan syarat kelayakan dan penyertaan yang berpotensi untuk menang, dan menyampaikan mana-mana hadiah kepada pemenang secara bersemuka. Pertandingan terbatal sekiranya dilarang oleh undang-undang. Pemenang berpotensi yang merupakan pemastautin di bidang kuasa di mana pertandingan memerlukan satu unsur kemahiran mungkin dikehendaki untuk menjawab ujian matematik bagi layak untuk memenangi hadiah.

Hadiah

Tiada hadiah tunai atau alternatif disediakan, tetapi kami (atau pihak yang menyediakan hadiah) mempunyai hak untuk menggantikan hadiah yang sama atau bernilai lebih tinggi. Hadiah tidak boleh dipindah hak milik (kecuali kepada anak atau ahli keluarga yang lain) atau dijual oleh pemenang. Hanya bilangan hadiah yang dinyatakan untuk pertandingan itu boleh dimenangi dan semua hadiah akan disampaikan dengan syarat cukup bilangan penyertaan yang layak diterima dan hadiah dituntut secara sah sebelum atau pada tarikh yang diperuntukkan berhubungan dengan pertandingan itu, di mana selepas itu tiada pemenang lain akan dipilih atau hadiah yang tidak dituntut diberikan. Melainkan jika diberitahu sebaliknya dalam butiran hadiah sebelum penyertaan, pemenang bertanggungjawab ke atas semua kos dan perbelanjaan yang berkaitan dengan menuntut hadiah. Semua cukai adalah tanggungjawab setiap pemenang sepenuhnya, namun kami mempunyai hak menahan cukai yang boleh dikenakan dan setiap pemenang bersetuju untuk melengkapkan apa-apa borang cukai yang dikehendaki.

Penerimaan anda atas hadiah membentuk persetujuan untuk mengambil bahagian dalam publisiti yang munasabah berkaitan dengan pertandingan itu dan memberi kami hak tanpa syarat untuk menggunakan nama anda, bandar atau bandar raya dan negeri anda, daerah atau negara anda, kesamaan, maklumat hadiah dan kenyataan yang anda buat tentang pertandingan untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan promosi dan untuk mematuhi dengan undang-undang dan peraturan-peraturan yang terpakai, semuanya tanpa kebenaran atau pampasan tambahan. Sebagai satu syarat penerimaan hadiah, para pemenang (atau ibu bapa atau penjaga mereka) mungkin dikehendaki untuk menandatangani dan memulangkan afidavit kelayakan, pelepasan liabiliti dan pelepasan publisiti.

6.      Peruntukan Tambahan

Dasar Penyerahan dan Idea Tanpa Diminta

Dasar syarikat kami yang telah lama dibuat tidak membenarkan kami menerima atau mempertimbangkan idea, cadangan atau bahan kreatif tanpa diminta. Sehubungan dengan apa-apa sahaja yang anda hantar kepada kami – sama ada diminta daripada kami atau tidak – anda bersetuju bahawa idea, cadangan atau bahan kreatif yang lain yang anda hantar tidak dibuat dengan keyakinan atau kepercayaan, dan bahawa tiada hubungan kerahsiaan atau fidusiari ditujuankan atau diwujudkan antara anda dengan kami dalam apa cara sekalipun, dan bahawa anda tidak mengharapkan apa-apa jenis semakan semula, pampasan atau pertimbangan.

Tuntutan Pelanggaran Hak Cipta

Pemberitahuan tentang pelanggaran hak cipta yang dituntut dan notis balas balik hendaklah dihantar kepada ejen kami yang dilantik:

TFPC Designated Agent
The Floyd Phillips Company
8200 Haven Avenue
Los Angeles, California 90001, USA
Telefon:+1 844-454-3397
Faks:+1 844-454-3397
E-mel:designated.agent@thefloydphillipscompany.com

Kami hanya dapat menerima notis dalam bahasa seperti mana terma ini yang kami sediakan.

Kami akan mengambil tindakan dengan cepat dan cekap ke atas tuntutan terhadap pencabulan hak cipta yang dilakukan menggunakan Perkhidmatan Phillips seperti yang telah dilaporkan kepada Ejen Hak cipta yang Dilantik kami, seperti yang diperkenalkan di atas, berpandukan kepada Akta Hak cipta Milenium Digital A.S. 1998 (“DMCA”) atau undang-undang lain, jika sesuai. Berkenaan dengan Perkhidmatan Phillips yang dijalankan di Amerika Syarikat, notis tersebut hendaklah menyertakan maklumat yang diperlukan seperti yang dikemukakan dalam DMCA dan dihuraikan secara terperinci di sini.

Anda dan Phillips Interactive bersetuju untuk menimbang tara semua pertikaian antara anda dengan Floyd Phillips Company atau anggota gabungannya, kecuali pertikaian yang berkait dengan penguatkuasaan hak harta intelektual Floyd Phillips Company atau anggota gabungannya. “Pertikaian” termasuklah apa-apa pertikaian, tindakan atau lain-lain kontroversi antara anda dengan kami berkenaan dengan Perkhidmatan Phillips atau terma ini, sama ada dalam kontrak, tort, waranti, undang-undang atau peraturan-peraturan, atau berdasarkan asas undang-undang atau ekuiti yang lain. Anda dan Phillips Interactive memberikan kuasa eksklusif kepada penimbang tara untuk menyelesaikan sebarang pertikaian yang berkaitan dengan tafsiran, bebolehgunaan atau  kebolehkuatkuasaan terma-terma tersebut atau pembentukan kontrak ini, termasuk  sama ada sebarang pertikaian dan sebarang tuntutan bahawa kesemua atau sebahagian daripada terma tersebut boleh ditimbang tara sebagai tidak sah atau boleh menjadi tidak sah.

Sekiranya berlaku pertikaian, anda atau Phillips Interactive hendaklah menghantar kepada pihak yang lain satu notis pertikaian, yang merupakan penyataan bertulis yang mengemukakan nama, alamat dan maklumat hubungan pihak yang memberi notis, fakta yang menyebabkan timbulnya pertikaian, dan relif yang diminta.Anda hendaklah menghantar apa-apa notis pertikaian kepada Phillips Intertactive, 8200 Haven Avenue, Los Angeles, California 90001, USA, Untuk Perhatian: Notis Undang-Undang/Timbang Tara.Kami akan menghantar apa-apa notis pertikaian kepada anda kemaklumat hubungan anda yang ada pada kami.Anda dan Phillips Interactive akan cuba menyelesaikan pertikaian melalui rundingan tidak rasmi dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh notis pertikaian dihantar.Selepas enam puluh (60) hari, anda atau kami boleh memulakan timbang tara.Anda juga boleh melitigasikan pertikaian di mahkamah tuntutan kecil sekiranya pertikaian itu memenuhi keperluan untuk didengarkan di mahkamah tuntutan kecil, sama ada anda berunding secara tidak rasmi dahulu atau tidak.

Jika anda dan Phillips Interactive tidak menyelesaikan pertikaian dengan rundingan tidak rasmi atau di mahkamah tuntutan kecil, pertikaian itu hendaklah diselesaikan dengan timbang tara yang mengikat di hadapan penimbang tara neutral, yang keputusan beliau adalah muktamad kecuali bagi hak terhad rayuan di bawah Akta Timbang Tara Persekutuan A.S..ANDA MENYERAHKAN HAK UNTUK MELITIGASI PERTIKAIAN DI MAHKAMAH DI HADAPAN HAKIM ATAU JURI. Timbang tara akan ditadbirkan oleh Persatuan Timbang Tara Amerika (“AAA”) di bawah Kaedah Timbang Tara Komersialnya dan Tatacara Tambahan untuk Pertikaian Berkaitan dengan Pengguna. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.ard.org atau, di Amerika Syarikat, hubungi 800-778-7879.Timbang tara boleh dijalankan secara bersemuka, menerusi penyerahan dokumen, melalui telefon atau dalam talian.Penimbang tara boleh mengawardkan bayaran ganti rugi kepada anda secara individu seperti apa yang boleh dilakukan oleh mahkamah, termasuk relif perisytiharan atau injunksi, tetapi hanya setakat yang diperlukan untuk memenuhi tuntutan individu anda.

Melainkan sekiranya penimbang tara mendapati timbang tara adalah remeh atau dikemukakan untuk tujuan yang tidak wajar, Phillips Interactive akan membayar semua fi dan perbelanjaan pemfailan, AAA, dan penimbang tara. Jika penimbang tara memberi anda award yang lebih tinggi daripada nilai tawaran penyelesaian bertulis terakhir kami yang dibuat sebelum penimbang tara dipilih (atau jika kami tidak membuat tawaran penyelesaian sebelum penimbang tara dipilih), maka kami akan membayar kepada anda jumlah ganjaran atau US$1,000, yang mana lebih tinggi, dan membayar peguam anda, jika ada, jumlah fi peguam, dan membayar balik apa-apa perbelanjaan (termasuk fi dan kos saksi pakar) yang anda atau peguam anda memperoleh secara munasabah untuk menyiasat, membuat persediaan dan meneruskan tuntutan anda dalam timbang tara. Kami mengecualikan apa-apa hak untuk meminta award fi dan perbelanjaan peguam berhubungan dengan mana-mana timbang tara bukan remeh antara anda dengan kami.

Jika anda seorang pemastautin Amerika Syarikat, timbang tara akan dijalankan di mana-mana lokasi yang munasabah yang mudah bagi anda. Untuk pemastautin di luar Amerika Syarikat, timbang tara hendaklah dimulakan di wilayah perbandaran Manhattan, New York, New York, Amerika Syarikat, dan anda dan Phillips Interactive bersetuju untuk menyerah kepada bidang kuasa peribadi mahkamah persekutuan atau negeri yang bertempat di sana, bagi memaksa timbang tara, menggantung prosiding menunggu timbang tara, atau mengesahkan, mengubah suai, mengosongkan atau memasukkan penghakiman ke atas award yang dimasukkan oleh penimbang tara.

PROSIDING UNTUK MENYELESAIKAN ATAU MELITIGASI PERTIKAIAN DALAM MANA-MANA FORUM AKAN DIJALANKAN SECARA INDIVIDU. Anda mahu pun Phillips Interactive tidak akan meminta untuk pertikaian diperdengarkan sebagai tindakan berkumpulan, tindakan am peguam persendirian, atau dalam apa-apa prosiding lain di mana salah satu pihak bertindak atau mencadangkan untuk bertindak dalam kapasiti wakil. Tiada timbang tara atau prosiding boleh digabungkan dengan timbang tara atau prosiding lain tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada semua pihak yang terlibat dalam timbang tara atau prosiding. Jika pengecualian tindakan berkumpulan didapati menyalahi undang-undang atau tidak dapat dikuatkuasakan terhadap semua atau sesetengah bahagian pertikaian, bahagian tersebut akan diasingkan dan diteruskan di mahkamah undang-undang, dengan bahagian yang tinggal diteruskan dalam timbang tara.

Pilihan Forum

Anda bersetuju bahawa apa-apa tindakan undang-undang atau ekuiti yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan terma ini atau Perkhidmatan Phillips yang tidak tertakluk kepada penimbangtaraan hendaklah difailkan, dan tempat itu sebenarnya berada, hanya di mahkamah negeri atau persekutuan yang bertempat di wilayah perbandaran Manhattan, New York, New York, Amerika Syarikat dan anda bersetuju dan menyerah kepada bidang kuasa peribadi mahkamah tersebut untuk tujuan litigasi tindakan tersebut.

Pilihan Undang-undang

Terma ini ditadbir oleh dan ditafsirkan menurut undang-undang Negeri New York dan undang-undang Amerika Syarikat, tanpa memberi kesan kepada sebarang percanggahan prinsip undang-undang.

Kebolehasingan

Jika mana-mana peruntukan terma ini menyalahi undang-undang, dibatalkan atau tidak dapat dikuatkuasakan atas apa-apa sebab, maka peruntukan itu hendaklah disifatkan boleh diasingkan daripada terma ini dan tidak akan menjejaskan kesahihan dan penguatkuasaan mana-mana peruntukan yang lain.

Pengekalan

Peruntukan terma ini di mana dengan sifatnya yang harus dikekalkan selepas penamatan terma ini seharusnya dikekalkan selepas penamatan tersebut.

Pengecualian

Tiada pengecualian mana-mana peruntukan terma ini oleh kami boleh disifatkan sebagai pengecualian lanjutan atau berterusan untuk peruntukan tersebut atau mana-mana peruntukan lain, dan kegagalan kami untuk menegaskan apa-apa hak atau peruntukan di bawah terma ini tidak boleh menjadi satu pengecualian untuk hak atau peruntukan tersebut.